Sunday, January 17, 2010

the twilight saga

Baru-baru ini, aku menghabiskan masa lebih kurang enam hari untuk menghabiskan membaca The Twilight Saga yang tediri daripada Twilight, New Moon,Eclipse dan Breaking Dawn.

Niat untuk mengikuti saga Twilight ini tercetus setelah menonton filem adaptasi siri pertama saga in:Twilight. Sebelum ini, memang dah tahu tentang saga twilight ini tetapi tidak timbul rasa ingin ambil tahu sama seperti aku tidak pernah membaca novel-novel Harry Potter sehingga sekarang. Mungkin kerana aku tidak minat atau mungkin juga kerana aku tak pernah jumpa lagi set yang lengkap yang ada di perpustakaan membuatkan aku tidak bernafsu untu membacanya. Hal ini samalah juga seperti aku masih lagi belum membaca trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid.

Setelah tamat menonton Twilight , timbul rasa untuk mengikuti dan aku pun mulalah mencari di perpustakaan tetapi jarang menjumpai set yang penuh. Selalunya mesti ada satu atau dua buku yang tiada. Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki, akhirnya aku berjaya menjumpai keempat-empat buku dan tanpa membuang masa lagi terus meminjamnya. Lebih kurang dua hari berlalu tanpa aku menyentuh buku-buku tersebut.

Sebaik sahaja aku mula membaca twilight, aku terus membaca tanpa henti sehingga habis sebuah buku dalam sehari. Lalu aku teruskan pula denga New Moon, juaga habis dalam tempoh satu hari. Kemudian Eclipse, juga dalam satu hari. Hnya Breaking Dawn agak lambat untuk dihabisi, tiga hari. mungkin kerana kebosanan ataupun saiznya yang merupakan buku yang paling tebal antara keempat-empat buku dala saga tersebut.

Konklusinya;
Twilight-7/10
New Moon-6/10
Eclipse-8/10
Breaking Dawn-8/10

Bacaan yang menarik untuk memenuhi masa lapang dengan kisah percintaan yang macam supernatural tetapi hanyalah seperti kisah cinta remaja yang seangkatan dengannya.

No comments: