Wednesday, January 27, 2010

aku,sesat,1utama,tiket free dan pilihanraya kampus

assalamualaikum pembuka kata........
dengan bismillah perkara dimulakan....

saje nak cerite skit pengalaman aku mengenai aku,sesat,1utama,tiket free dan pilihanraya kampus.
aku ada mendapat tiket wayang free utk filem unisol: a new beginning. cite ni aku dah dekat sebulan download tp xde masa nk tengok, so bila dapat tiket free ni aku pun tergerak la nak pergi.lagipun tengok kt 1utama.nk jugak aku meras pergi 1utama sebab aku memang xpernah pergi sana. tp yg xbestnye, tiket ni first come,first serve.maknanya kalo aku lambat, melepas......

redemption kul 8, jadi aku pun keluarlah kul 7.perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan kesesakan di lebuhraya mahameru sehingga ke midvalley.lepas masuk federal, barulah aku boleh bawak laju skit.tetapi malangnya,seperti yg sudah diagak. aku lambat sampai. masuk parking kat 1utama, jam dah menunjukkan 8.30 malam.

ini kali kedua perkara in terjadi pada aku. pertama kali waktu dapat tiket pandorum.redemption pukul 7 tapi aku sampai kt mid valley kul 7.30 mlm. nasib baik laa kakak kat radio era punya redemption baik hati. die bagi 3 tiket utk aku, ubi dan radzi.alhamdulilllah. tapi kali ini, x terjadi pulak perkara begini. jadi aku ngan radzi pun amik keputusan utk menonton adnan sempit menyahut seruan david teo utk menjadikan filem ini filem pertama yang ditonton oleh 1juta org di pawagam.(hahahahhaha).

bercerita tentang tiket free, aku memang suka mengumpul tiket free dan aku akan pergi menonton kalau dapat kt tempat yg berdekatan seperti klcc atau pavilion. tiket free paling bes adalah sumbangan gempakstarz.sebab ape?
sebab die bukan first come,first serve. die dh ada list nama dan waktu utk redmption pun lama, 45 minit.

habis pukul 11 cite yang bermula pada pukul 9.15 ini. sakit perut aku gelak xabis2. aku ngan radzi memang enjoy. tapi biaselah, seperti kebanyakan filem melayu yg lain,seperti kata nasir, abis jer citer xde apa yg menarik hati ini utk memperkatakan mengenai mesej yg cuba dibawa oleh filem ini.(itu pun kalo ada mesej laa). dan balik aku melalui terowong penchala link menggunakan sprint highway. aku tiba2 teringat yg aku pernah sesat melarat di sini.waktu tu aku nk pergi selayang tetapi ntahmacamanantah aku boleh tersesat sampai ke damansara.hahahahha. tap duduk kat kl ni aku memang bersyukur bile tersesat...sebabnya aku dapat tahu jalan dalam pencarian.tapi jangan sesat dalam perjalanan hidup, sudah laa....

****

aku baru habis membaca cinta hari-hari rusuhan karya faisal tehrani. menarik. dn aku agak kecewa kerana tahun ini tiada pilihanraya untuk kampus cawangan aku ini. calon semua menang tanpa bertanding. xtahu apa cite. tp yg menyakitkan hati, calon semua budak2 HEP. jadi aku cuma boleh membuang undi utk kampus utama dan seperti biasa aku hanya mengundi calon2 pro-m.

cukuplah setakat ini.

Tuesday, January 19, 2010

top 10 movies of 2009

hahahha.....asyik baca org lain punye top 10 jer...so aku pun nak buat aku punya top 10 filem untuk 2009.

1. Inglourious Basterds

akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak tengok Quentin Tarantino punya filem kat wayang kat Malaysia. Filem ni bagi aku memang superb tambah-tambah watak Hans Landa oleh Christoper Waltz. Ending yang celaka....Hitler muka pecah kena tembak. Jalan cerita yg aku xbleh agak. Overall, filem terbaik aku untuk 2009.

2. 500 Days of Summer

permulaan cerita yg agak memeningkan bagi aku....tapi aku suka. cerita tentang bercinta dengan seorang wanita yang tidak mahukan komitmen. ohh...aku semakin jatuh cinta dengan zooey deschanel setelah Yes Man dahulu. Romatik yang lain daripada yang lain.

3. Avatar

yup. walaupun orang kata ini pocahontas futuristik tapi aku enjoy citer dia walaupun agak predictable storyline dia. grafik yang memang xbleh nak cakap aper. masih tak berkesempatan nak tengok yang 3d punye.

4. Setem

filem terbaik untuk filem melayu bagi tahun ini. setakat ini hasil arahan khabir bhatia tidak pernah mengecewakan aku. jalinan yang timbul antara kesemua watak dapat dirasakan. perkembangan karakter dan jalan cerita yang tidak rumit memudahkan untuk aku memahami filem ini.

5. The Hangover

hahaha. filem ni memang kelakar. digabung dengan jalan cerita yang tidak mendatar dan banyak unsur-unsur kejutan, filem ini layak aku katakn sebagai filem komedi terbaik bagi 2009. penampilan khas , mike tyson dan harimaunya.

6. Star Trek

permulaan yang baik untuk menarik minat penonton baru yang kurang meminati saga star trek seperti aku. arahan j.j. abrams. filem membawa kita mengenali bagaimana terjalinnya hubungan antara spock dan james tiberius kirk. terminologi yang digunakan dalam filem ini juga mudah difahami kerana disertakan dengan penerangan dalam bentuk aplikasi.

7. Coraline

hasil dari neil gaiman. terbaik.

8. Terminator Salvation

era pasca apokalips yang menunjukkan bagaimana jadinya apabila manusia hilang kuasa untuk memerintah. lakonan sam wothington yang menyerlah menenggelamkan watak john connor oleh christian bale.

9. Knowing

aku xtau kenapa, tetapi aku memang suka filem-filem nicolas cage. filem ini membawa tema kehancuran bumi untuk kelahiran satu generasi yang baru. perhatikan juga lakonan nicolas cage dalam the bad liutenant.

10. Orphan

kisah tentang sesuatu tentan seorang anak angkat. lakonan mantap daripada vera farmiga dan kanak-kanak yang melakonkan watak esther.

Honourable Mention:
- Ghost of Girlfriend Past
menarik bagi aku.
- Ice Age 3
kartun paling kelakar tahun ini.
-Geng
betul...betul...betul.

Sunday, January 17, 2010

the twilight saga

Baru-baru ini, aku menghabiskan masa lebih kurang enam hari untuk menghabiskan membaca The Twilight Saga yang tediri daripada Twilight, New Moon,Eclipse dan Breaking Dawn.

Niat untuk mengikuti saga Twilight ini tercetus setelah menonton filem adaptasi siri pertama saga in:Twilight. Sebelum ini, memang dah tahu tentang saga twilight ini tetapi tidak timbul rasa ingin ambil tahu sama seperti aku tidak pernah membaca novel-novel Harry Potter sehingga sekarang. Mungkin kerana aku tidak minat atau mungkin juga kerana aku tak pernah jumpa lagi set yang lengkap yang ada di perpustakaan membuatkan aku tidak bernafsu untu membacanya. Hal ini samalah juga seperti aku masih lagi belum membaca trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid.

Setelah tamat menonton Twilight , timbul rasa untuk mengikuti dan aku pun mulalah mencari di perpustakaan tetapi jarang menjumpai set yang penuh. Selalunya mesti ada satu atau dua buku yang tiada. Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki, akhirnya aku berjaya menjumpai keempat-empat buku dan tanpa membuang masa lagi terus meminjamnya. Lebih kurang dua hari berlalu tanpa aku menyentuh buku-buku tersebut.

Sebaik sahaja aku mula membaca twilight, aku terus membaca tanpa henti sehingga habis sebuah buku dalam sehari. Lalu aku teruskan pula denga New Moon, juaga habis dalam tempoh satu hari. Kemudian Eclipse, juga dalam satu hari. Hnya Breaking Dawn agak lambat untuk dihabisi, tiga hari. mungkin kerana kebosanan ataupun saiznya yang merupakan buku yang paling tebal antara keempat-empat buku dala saga tersebut.

Konklusinya;
Twilight-7/10
New Moon-6/10
Eclipse-8/10
Breaking Dawn-8/10

Bacaan yang menarik untuk memenuhi masa lapang dengan kisah percintaan yang macam supernatural tetapi hanyalah seperti kisah cinta remaja yang seangkatan dengannya.

Friday, January 15, 2010

anugerah juara lagu

seperti ramai remaja di malaysia, aku juga seorang yang sukakan hiburan. jadi, pada malam minggu yang lepas aku turut sama menonton anugerah juara lagu. persembahan mantap, prop yg baik, keputusan yg agak mengejutkan (bagi aku laa). overall, terbaik.malah diakui oleh tv3 dan wartawan hiburan yg ajl yg baru ini adalah yg terbaik pernah dianjurkan. mungkin.

tetapi , sedang aku menerawang melayari internet. aku terjumpa ini

http://ohartis.com/2010/01/panas-kisah-anugerah-juara-lagu-ke-24-dan-isu-masonic/

dan aku meneroka ini

http://holywar-efairy.blogspot.com

terasa betapa diri ini telah terpedaya dan akhirnya disedarkan. aku pun bukannya baik mana tapi perkara seperti sudah bernanah dalam masyarakat kita.

Sunday, January 3, 2010

malam tahun baru

malam tahun baru yg lepas adalah kali pertama aku menyanbut tahun baru dengan keluar ke klcc untuk melihat bagaimana sambutan warga kl menyambut tahun baru 2010.aku keluar ngan radzi jer, dan seperti biasa, sebelum keluar, kami akan makan dulu ...hahahha......

pukul 11.30 perjalanan ke klcc bermula. bukannya tak nak datang awal tapi aku ngan radzi keluar nak tengok bunga api jer...

sampai kt klcc lebih kurang pukul 11.52. aku ngan radzi pun bergegas dan tepat pukul 12.00...bermulalah sambutan tahun baru dengan bunga api yang memang havoc. hahahha.....ramainya orang memang tak terbilang.bukannya satu malaysia dah....dah jadi satu dunia. arab ade, negro ada, mat saleh ada...indon pun ada. tapi yg paling bising mlm tu aku rase pak hitam laa...asyik nk jerit jer keje die. sakit gak la telinga ni.

habis jer sambutan malam tu kami pun pergi la berjalan keliling taman sebelum singgah kat masjid klcc. sampai jer kat situ, aku pun pelik. ramainya orang malam ni. lepas jer solat isyak, aku pun bersembang dengan seorang abang ni. rupanya mala tu ada buat qiamullail dan solat sunat gerhana bulan yang dijangkakan berlaku malam tu.

aku agak hairan malam tu. suasana yang berlainan terjadi dalam sebuah tempat yg tak berapa jauh. malam tu aku ngan radzi berjalan kaki sampai ke bukit bintang melihat gelagat orang ramai sambil memerhatikan bulan.malam tu memang ramai polis.ada dekat 5 orang yang aku tengok kene tahan sebab gaduh.tunggu punya tunggu sampai 3.30 pagi tak nampak gak apa2 yg pelik kat bulan, kami pun amik keputusan utk balik.

itulah sedikit coretan tentang malam tahun baru aritu.