Monday, December 28, 2009

.....tahun baru.....

alhamdulillah.....
kite dah masuk tahun baru hijrah.......dan xlama lagi nk tahun baru masehi plak
aku ingat lagi petang khamis maal hijrah aritu......
aku sedang leka menonton perlawanan akhir antara malaysia dan vietnam bagi acara bolasepak sukan SEA dan tiba2 telefon berbunyi....

aku pun menjawab dan terdengarlah suara mak aku yg mengingatkan tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun........YA ALLAH!memang aku terlupa, mungkin tv asyik mengingatkan tentang perlawanan akhir itu saje......melihatkan jam dah dekat pukul 6.30ptg, aku pn bergegas menunaikan solat asar dan bertukar saluran menonton rtm1. ceramah sempena maal hijrah dipengerusikan ridhuan tee dan ahli panel farid ravi dan sorang lagi yg aku xingat namanya.

maka sempatlah aku mengikuti bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.......terima kasih mak.

tapi lepas solat maghrib, apa lagi........terus tukar balik rtm2 itk menyaksikan kesudahan pertembungan malaysia vietnam dan alhamdulillah......malaysia menang.

hafizal hamad pun cakap ni mungkin rezeki tahun baru.......

melihatkan tahun baru masehi dah dekat ni.......selalunya org akan menanam azam........tapi aku xsuka buat azam ni sebab selalunya aku xkan berjaya mencapainya....

tapi aku akan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan dan mempertingkatkan apa2 jer yang boleh.......

selamat tinggal 2009.....
selamat datang 2010......

Tuesday, December 15, 2009

jalan yang dicari

assalamualaikum....

baru-baru ini sewaktu lepak ngan nasir..........

aku bertanyakan dia tentang matlamat hidupnya. dia menjawab dengan jawapan yang ringkas tapi menarik minat aku untuk mengorek lebih lagi.

mendengar cerita tentang matlamat hidup nasir membuka satu persoalan kepada diri aku.

apa aku nak jadi?

10 tahun lagi apa yang aku akan capai?

apa sebenarnya yg aku nk buat dengan hidup aku?