Saturday, April 4, 2015

catatan mac 2015

Assalamualaikum......

Banyak sungguh sebenarnya perkara yang terjadi dalam bulan mac yg lalu......
Macam terlampau banyak......maka untuk memudahkan, aku akan kategorikan......

Rezeki
- aku sejujurnya lama dah tak makan western dan juga nasi ayam mancongkam sejak roomate lama aku berenti keje dulu.......bukannya apa, malas nk makan sorang2.....
Jadi pada awal bulan aritu , company aku telah mengadakan bbq di site office.....maka aku adalah antara org terawal naik utk makan.....hahahahhahaha.......terlampiaslah nafsu makan aku pada hari tersebut dengan kambing dan sosej grill serta nasi ayam mancongkam yang sudah lama tidak menerjah  tenggorok

Dukacita
- aku telah dikejutkan dengan panggilan daripada ibu aku yang memberitakan perihal keadaan lesihatan ayah aku yg masuk wad utk operation akibat apendiks. Mendengarkan khabar tersebut, aku bergegas pulang bersama kedua2 adik aku yg menetap di skitar kl. Perjalan asalnya hendak dimulakan jam 1 tp apakan day, kita hanya mapu merancang, tuhan menentukan. Perjalan bermula jam 4 dan tiba di hospital ipoh kira2 jam 7. Mak nyah,ayahngah,cik lan dan ateh antara saudara yg baru turun daripada melawat ayah. Aku berjaya masuk wad utk menemui ayah hanya setelah jam 8.30. Sedih melihat keadaan ayah yg agak kurang bermaya tetapi ibu setia di sisi menemaninya. Aku mengambilalih tigas menjaga ayah sehingga jam 12 kerana aku perlu balik keesokan harinya. Aku balik menaiki keretapi dr ipoh pada jam 2 dan tiba di kl sentral jam 6

Gila
- kerja gila apabila pergi Lima tanpa perancangan. Koboi. Aku yg memang nk pegi lima dari tahun 95(yea....betul tu) akhirnya berjaya menjejakkan kaki hanya pada thun 2015. 20 tahun perjalanan. Aku pergi dengan radzi, bertolak dari kuala lumpur jam 3 pagi dan sampai di jeti kuala perlis lebih kurang jam 8. naik feri pukul 10.30.sampai di langkawi, sewa kereta untuk 2 hari dan terus pergi ke Lima.malam tu pulak kelam kabut cari hotel di pantai chenang. Dpatlah satu bilik dua katil utk satu malam. Bejalan ke skycab,underwater,pantai chenang. Xbanyak sgt dpt pegi.insyaallah, lain kali aku nk pegi lama sikit

Kemalangan
-29Hb aritu, aku eksiden.langgar moto. Tak teruk sangat tp poket bocor.huhuhu. nasib baik la hujung bulan. Setelkan semua dan xde repot polis.salah aku.

Tu je la kut,apa yang aku nk tulis.....tgk la , ada masa nanti aku edit.