Sunday, December 28, 2014

hujung tahun yang .........

Assalamualaikum dunia.........

Lama rasanya aku tak singgah menulis di sini. Nak kata sibuk, xdelah sibuk mana sangat sebenarnya, cuma........entahlah, rasanya seperti keghairahan untuk menulis kini semakin kurang....sama macam aku dah jarang melukis buat masa kini.....apa yang ,masih aku teruskan,hanya ,membaca....membaca....dan terus membaca

Tahun ni sepertinya tidak membawa banyak perubahan dalam perjalanan hidup aku selain daripada penambahan umur yang  tidak selari dengan kematangan diri....hahahahaha.........

Aku rasanya seperti masih tidak pasti lagi dengan apa yang aku mahu dalam hidup aku ini melainkan terus menjalani hidup seperti biasa dengan melalui hari2 yg datang seperti biasa. Sepertinya terlalu jauh ketinggalan  dengan rakan seangkatan........tetapi hidup adalah perjuangan.......maknanya selagi aku hidup, aku akan terus cuba berjuang utk menempuhi hidup ini.......

Tahun ni sebenarnya banyak juga pengalaman menarik dan xmenarik yg aku lalui. Insyaallah aku akan cuba kongsikan nanti.......yang elok jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.......

Aku sebenarnya merasakan kekosongan dalam hati dari segi perasaan, mungkin cemburu barangkali melihatkan rakan2 yg telah mendirikan masjid dan sudah memiliki zuriat. Siapa yg kenal aku pastinya tahu yg hati aku cuma pernah dihuni oleh seorang perempuan yg kiranya cukup baik dari segi pekerti dan agamanya tapi akibat kesilapan dan kelalaian, terputus kasih di tgh jalan.......aku sejujurnya masih memendam rasa padanya dan cuba utk berhubung tetapi di sana nampaknya tidak pernah memberikan peluang utk kali kedua. Masih pedih barangkali. Andaikata kita tiada jodoh, aku cuma dapat mendoakan agarkau berbahagia dengan si dia yg memang layak untukmu kerana kau terlalu istimewa bagiku. Ampun maaf dipinta. Kenangan bersama akan kekal terpahat di hatiku.

Bercerita tentang keinginan aku, alhamdulillah aku telah berjaya menyimpan duit utk membeli brg2 yg lama aku hajati, cuma masanya dan peluang masih belum tiba. apapun aku akan cuba untuk mendapatkannya sebagai hadiah utk diri sendiri di atas usaha aku selama ini.hahahahhahahahaha.......


Tahun depan, adik aku seorang lagi akan mendirikan rumahtangga yg bermakna makin ramai lagi orang akan ,mengajukan soalan maut kepadaku. Aku tiada jawapan utk itu, maaf banyak2.mungkin jodoh belum sampai.

Aku masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Walau xbanyak, sedikit pun jadilah.....sekurangnya aku dapat menjadi sedkit lebih baik dari semalam.

Usaha aku utk memebeli motosikal baru mungkin terpaksa ditangguhkan buat seketika tetapi mimpi ini takkan terpadam, cuma mungkin lewat sedikit utk direalisasikan. Nak amik kereta, mungkin tak la dengan keadaan ekonomi aku yg tidak menentu sekarang ni.

Bercerita tentang banjir yg sedang mengganas sekarang, aku adalah salah seorang mangsa tapi alhamdulillah......ruumah aku tidak tenggelam dan banjir aku alami pun tidaklah seburuk seperti di pantai timur. Semoga tuhan mempermudahkan segala urusan utk mereka selepas ini

Apapun, terima kasih tuhan untuk.......
nafas yg masih berhembus ini......
Kesihatan yg dikurniakan........
Rezeki yg diturunkan..........
Keluarga yg mencinta.........
Akal yg masih bisa berfikir.........