Monday, December 28, 2009

.....tahun baru.....

alhamdulillah.....
kite dah masuk tahun baru hijrah.......dan xlama lagi nk tahun baru masehi plak
aku ingat lagi petang khamis maal hijrah aritu......
aku sedang leka menonton perlawanan akhir antara malaysia dan vietnam bagi acara bolasepak sukan SEA dan tiba2 telefon berbunyi....

aku pun menjawab dan terdengarlah suara mak aku yg mengingatkan tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun........YA ALLAH!memang aku terlupa, mungkin tv asyik mengingatkan tentang perlawanan akhir itu saje......melihatkan jam dah dekat pukul 6.30ptg, aku pn bergegas menunaikan solat asar dan bertukar saluran menonton rtm1. ceramah sempena maal hijrah dipengerusikan ridhuan tee dan ahli panel farid ravi dan sorang lagi yg aku xingat namanya.

maka sempatlah aku mengikuti bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.......terima kasih mak.

tapi lepas solat maghrib, apa lagi........terus tukar balik rtm2 itk menyaksikan kesudahan pertembungan malaysia vietnam dan alhamdulillah......malaysia menang.

hafizal hamad pun cakap ni mungkin rezeki tahun baru.......

melihatkan tahun baru masehi dah dekat ni.......selalunya org akan menanam azam........tapi aku xsuka buat azam ni sebab selalunya aku xkan berjaya mencapainya....

tapi aku akan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan dan mempertingkatkan apa2 jer yang boleh.......

selamat tinggal 2009.....
selamat datang 2010......

Tuesday, December 15, 2009

jalan yang dicari

assalamualaikum....

baru-baru ini sewaktu lepak ngan nasir..........

aku bertanyakan dia tentang matlamat hidupnya. dia menjawab dengan jawapan yang ringkas tapi menarik minat aku untuk mengorek lebih lagi.

mendengar cerita tentang matlamat hidup nasir membuka satu persoalan kepada diri aku.

apa aku nak jadi?

10 tahun lagi apa yang aku akan capai?

apa sebenarnya yg aku nk buat dengan hidup aku?

Friday, November 20, 2009

.....kita punya hidup.....

orang selalu kata apa yang kita buat salah
kurangkan sini sikit
tampung situ sikit
lebihkan sana sikit
orang selalu anggap majoriti itu betul
sebab dia banyak dan berkuasa
yang segelintir dibiar
terkontang kanting meniti
perjalanan hidup ini
orang selalu anggap
kita budak2 tak tahu apa2
persetankan semua tu
ini kita punya hidup
pandailah kita mencorak
selagi masih berada di landasan yang betul
apa yang orang nak kisah......


agak marah sikit sebenarnya hari ini kerana baru tahu ada talam dua muka di sekeliling. depan cakap lain belakang cakap lain. bila dah xleh lari.....baru lah tahu langit tinggi rendah.kadang2 aku hairan kenapa orang yg xdekene mengene ngan aku sibuk nk ambik tahu hal aku.bila aku tanya kt dia balik, tahu pulak die marah.hahahhaa.

manusia......oh manusia

Wednesday, November 4, 2009

perkara -perkara yg berlaku dalam lebih kurang seminggu....

sabtu
24-10
famili aku datang kl ngan lori. tujuan datang nak amik barang kat umah mak cik aku, sebab nanti dia nk pindah umah .senang la skit. dalam pada tu, aku ngan famili aku pegi ke hospital selayang utk melawat pak cik aku, laki kpd mak cik aku yg nk pindah umah ni. malam tu, famili aku pun balik dan aku klua malam minggu, mcm biasa, tengok match bola.mula2 aku ngan radzi tengok quarter final piala malaysia dulu. selangor vs terengganu. main malam tu lebih kpd selangor tp mungkin xde rezeki, terengganu layak.

ahad
25-10
aku bangun tghari dan mendapat panggilan yg mengatakan pak cik aku tlh pun menghembuskan nafasnya yg terakhir.al-fatihah. aku amik adik aku kt jalan duta dan bergegas pegi ke hosp selayang. kawan2 allahyarham ramai yg datang. petang tu, waktu nk hantar jenazah pulang ke kuala kangsar. hujan turun dengan lebatnya. aku xtau nk cakap apa.

isnin
26-10
hari2 aku berlalu seperti biasa cuma kene tahan telinga skit.
asal jumpa kawan2 jer, habis dikutuknya m.u kalah ngan liverpool 2-0 semalam. huhu.

selasa
27-10
macam biase

rabu
28-10
macam biasa

khamis
29-10
macam biase

jumaat
30-10
macam biase. malam tu lepak ngan nasir. lama xlepak ngan die.

sabtu
31-10
klua ngan radzi pegi puchong.sensei aku buat open house. sesat jugakla mencar rumahnya.sampai2, dengan perut yg lapar, aku terhidu sesuatu yg mengenyangkan. rupanya, sensei buat bbq malam tu.hahaha.memang aku tibai puas2 malam tu.

ahad
1-11
macam biase

isnin
2-11
macam biase gak

selasa
3-11
ini tak biase.hahhaha.nasir nk ajak tengok wayang dan wayang pilihan aku adalah INGLORIOUS BASTERDS hahaha.ingat senang ke nk tengok tarantino punya citer kat wayang malaysia.xleh nk cakap apa pasal citer ni.superb!!!!tp kene cari dvd-rip gak. banyak potong.hahahahaha.

Friday, October 23, 2009

facebook...

sedang merayau-rayau, tiba2 terjumpa





















diambil dari
http://cakklepi.blogspot.com/2009/10/facebook-dan-yahudi.html

......kecoh-kecoh


assalamualaikum.....
semenjak-dua menjak ni banyak sungguh masalah yang menimpa.....
datang berturut-turut plak tu....

tetapi alhamdulillah, ada sahabat-sahabat yang sanggup membantu. aku namakan mereka SAHABAT kerana mereka sentiasa ada di kala aku senang mahupun susah. kawan memang ramai, tapi xsemua boleh menjadi sahabat.



perbincangan2 yang aku adakan bersama seorang sahabat menyedarkan aku tentang sesuatu yang aku tahu tetapi aku buat2 tak tahu.katanya, "kebanyakan masalah yang datang menimpa kita datangnya dari kesilapan kita sendiri". aku tersentak , dan mula menyedari akan kebenaran kata2 itu. aku ni kadang2 seorang trouble-magnet, bukan trouble-maker. kebanyakan orang akan susah dibuat oleh aku.

kadang2 aku xfaham macam mana mereka boleh layan kerenah aku. walaupun kami terpisah jauh, tetapi persahabatan akan tetap terjalin.

masalah2 yg menimpa membuat kita sedar yg kita ni hidup bukannya utk diri kita sendiri. kita kene fikirkan juga keluarga dan orang2 di sekeliling. mungkin sekarang kita tak merasakan apa2 tetapi fikirkanlah sementara ada peluang. kita dicipta utk saling lengkap-melengkapi.

walaupun kadang2 kita sedar yang masalah itu berpunca drpd kita, tetapi kita kadang2 tidak mengambil sebarang tindakan utk memperbetulkan, walaupun tidak mungkin sepenuhnya ,sedikit pun tidak. ini adalah antara sikap aku yang mak aku xberapa berkenan dan aku sedang dalam proses berubah secara sedikit-sedikt dan perlahan-lahan. jangan sesekali rasakan yang kita sudah terlambat utk mengambil sesuatu tindakan tetapi rasakan apa yang kita akan rasa jika kita tidak mengambil tindakan tersebut.

kadang-kadang orang akan menganggap kita gila kerana bercakap dengan diri sendiri tetapi apa yang kita ada hanyalah diri kita sendiri.

Thursday, October 15, 2009

comic referrences

http://comicsforserious.blogspot.com
http://comicscomicsmag.blogspot.com/
http://www.comicsreporter.com/
http://goodcomics.comicbookresources.com/

Friday, October 9, 2009

site artist komik malaysia yg aku minat

http://jibam.cesb.net.my/

http://olehtembakau.blogspot.com/

http://komikajif.com/blog/

http://comixside.blogspot.com/

http://www.fusionwerk.blogspot.com/

http://kromosomblog.blogspot.com/

http://michaelchuahdesign.com/

http://www.kartunisubi.com/

ni adalah site artis2 komik yang aku minat kat malaysia ni.

Monday, October 5, 2009

lisa surihani lagi





















diambil dari banyak sumber

raya tahun ni

alhamdulillah....
berjumpa jugak aku ngan raya tahun ni....

raya tahun ni agak lama la cuti die......seminggu....
ingatkan kalau seminggu cuti boleh laa nak rehat skit.......
rupenye boleh kata tiap2 hari orang datang....memang tak menang tangan melayan orang.......huhu...

raya tahu ni macam biase.....ada yang sedih dan yang gembira....

first raya....
macam biaselah.....solat sunat aidilfitri.......
cium tangan kedua mak bapak......aku sayang sangat kat diorang sebenarnyer....
macam manelah depa boleh tahan ngan aku......adik2 aku lagi....
maafkan abang dari hujung rambut sampai hujung kaki.....ayah dan ibu...
halalkan segala makan dan minum......

selepas tu, kami sekeluarga bertolak ke rumah nenek sebelah ibu aku dulu....kat kampung bekor
sebelum sampai, kami singgah dulu kat kubur....
sedar tak sedar dah sepuluh tahun aku xberaya ngan arwah atuk sebelah mak aku ni....die meninggal 4-5 1999.....time tu aku kecik lagi......
kami sedekahkan al-fatihah......

tiba saja, memang meriah....sebab ramai balik raya tahun ni.....satu famili jer tak balik.....
famili angah aku......keje polis....memang susah la nak cuti.....

petang nye pulak, kami bertolak pula ke rumah nenek sebelah ayah aku pulak...
tahun ni first time raya ,arwah atu aku xde.....agak sedih.....
singgah dulu di kubur dan menyedekahkan al-fatihah....amin....

raya tahun ni, nenek agak sedih......pertama kali beraya tanpa atuk di sisi......
dah la anak xramai balik......depa balik lambat skit....raya ketiga nanti....

lepas tu berkunjung la plak ke rumah ayahngah aku.....
sampai kat sini......memang lama laa....
sepak mak aku ngan biras die ni memang kamceng......

malam tu .....pulang lah kami ke rumah...agak lambat gak la......
lebih kurang kul 12......

second day raya...
macam biase la....duduk kampung ni...
budak2 datang beraya....
xramai sangat.....
tapi kuih abis banyak sebab makan sendiri.....
bukan orang datang makan....

third and fourth day raya...
yang i yg agak meletihkan skit...
oleh sebab rumah aku terletak tengah2 antara kampung bapak dan mak aku...
maka rumah ni akan menjadi sasaran sedar-mara aku utk beraya pada hari ketiga dan keempat.....kadang2 tido gak skali...
ray a tahun ni mak aku buat laksa......laksa tepung dan laksa biase....
tapi aku lagi suka laksa tepung la......orang kuale la katakan....
habis seperiuk laksa dan kuah apabila dijamu oleh keluarga daripada dua belah famili huhu.....
esoknya...mak aku goreng bihunjer utk sarapan....tu pun habis gak.....

fifth and sixth day
yang ni member adik2 aku lak yang datang....aku tolong skit2 jer.....
tapi memang ramai la yang datang.....
4-5 kete gak la......
member ayah ngan mak aku pun ada gak yg datang....
abis laa....sembang time duk kat kem dulu.......

seventh day
hari rehat akhirnya.....sebabnye.....
adik aku sorang nak balik k.l
sorang lagi nk balik ipoh
sorang nak balik parit
aku pun esoknye baru nak balik kl......saja malas...
dan akhirnya rumahku akan kembali kosong tetapi masih lagi diceriakan oleh adik kecik aku...mayaya......
hahaha........

itulah sahaja sedikit coretan sempena hari raya ini.....
kepada sesiapa yang berkenaan
aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkhilaf...ialah, maksud insan adalah pelupa.....
di kesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam di serat cakerawala........

wassalam....

Friday, August 28, 2009

lucky?

pada ari jumaat yg lepas

aku bergegas ke puduraya mencari tiket untuk balik

silap aku jugak sebenarnya, aku lupa yg ujung minggu tu cuti skolah

selepas lebih setengah jam mencari tiket,

akhirnya aku berjaya mendapat tiket tetapi bukan ke destinasi yg hendak dituju

perjalanan pada pukul 8.30 mlm....

jam menunjukkan pukul 7.00 mlm..

masih sempat mengikut perkiraan aku utk balik sekejap mengambil barang sebelum memulakan perjalanan........

maka aku pun bergegas.....

langit gelap menandakan hujan bakal turun pada bila-bila masa.....

sedang aku berhenti di persimpangan lampuisyarat di jalan ampang....

sekonyong-konyongnya hujan turun dengan begitu lebat....

aku yg kebasahan meneruskan perjalanan meredah lebat...........

setibanya di kediaman, jam menunjukkan pukul 7.40 mlm....

"masih sempat lagi aku nk balik" bisikku dalam hati....

aku meminta tolong seorang kawan menghantar ke stesen putra berdekatan menggunakan keretanya.....

jalan begitu sesak.............

dalam pukul 8.20 mlm aku tiba kestesen putra wangsa maju.....

aku meneruskan perjalanan menuju puduraya.........

setibanya di masjid jamek, jam dh pukul 8.30mlm

aku meneruskan perjalanan sambil menyerah......

tiba di pudu pada pukul 8.45mlm......

turun ke platform, hanya tinggal penumpang yg ingin ke ipoh sahaja...

aku trus menunggu.......

lebih kurang pukul 9.15mlm .........

tiba sebuah bas menujuke destinasi...

aku meminta utk turut menaiki dan alhamdulillah berjaya.....

aku tiba di rumah dalam pukul 2.00 pg

alhamdulillah, hasrat ingin bersahur bersama keluarga tercapai juga tetapi

hasrat utk semayang tarawih secara penuh telah termusnah....

Monday, August 17, 2009

ramadhan datang lagi

alhamdulillah.....

sedar tak sedar minggu depan dah nak puasa dah

sekejap je rasanya baru raya.....

tapi sedih sikit la puasa kali ni....

banyak orang yg aku sayang dah pergi meninggalkan dunia bertemu Sang Pencipta

aku hanya boleh sedekahkan Alfatihah buat arwah atuk aku.....pah yang.......nyang.....

betul cakap orang....

selalunya bila benda tu dah takde, baru kita akan terasa kehilangannya.......

alhamdulillah.....

harapnya puasa kali ini aku dapat bertarawih dengan penuh....

tak pernahnya dapat nk full terawih.....mesti ada jer yg mengganggu.....nasib baiklah puasa

dapat full......

selalunya kiata akan tengok bulan puasa ni akan ramai yg jadi baik......

solat berjemaah......solat sunat......bersedekah.....

itu antara hikmah bulan ramadhan.....

tp masalahnya......bila dah masuk syawal, mula balik perangai lama yang tak berapa senonoh tu....

perkara ni aku bangkitkan utk diri aku jugak

harapnya bulan ramadhan kali ini penuh berkat dan rahmat

so dengan ini aku hanya mampu menyusun sepuluh jari memohon ampun keampunan

sekiranya ada terkasar bahasa, perbuatan atau apa-apa sahaja yang menyinggung sesiapa pun....

halalkan segala makan minum.....

sesungguhnya tangan yg memberi itu lebih mulia dari tangan yg meminta.....

Wednesday, August 5, 2009

lagi-lagi lisa surihani





















































huh......
akhirnya setelah puas berhempas pulas,
berjaya jugak aku uploadkan gambar2 lisa ni kat sini
bagi aku, lisa ni boleh dikatakan antara wanita melayu terakhir
aku memang minat ngan dia dah lama dah.....