Friday, September 26, 2008

salam aidilfitri

hari ini aku bangun awal...
pukul 6.00, xsempat nk sahur
tp kenyang lagi sebab lepas berbuka semalam aku terus tido
letih semalam, saje la klua jalan 2 nk tgk org shoping beraya sebab aku xpernah pegi kat kl ni
selalunya balik baru aku pegi beli
memang ramai org, pegi kt masjid india dgn semayang lagi kt sana
baru la aku tahu sebab apa org panggil masjid india semalam......
minggu in agak menyeronokkan tapi ada sedikit kesedihan yg datang
mak kawan aku meninggal lepas berbuka semalam kerana strok
al-fatihah...........
keje yg banyak akhirnya berjaya aku siapkan sebelum balik beraya
tp raya sekarang xmacam dulu...
raya first je meriah....
xpe la janji beraya jugak kan
di sini aku nk menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua

Thursday, September 4, 2008

starz berkubur....

satu berita sedih buat aku apabila aku membeli starz#80 semalam. berita penggabungan starzdengan gempak bagi aku adalah satu langkah ke belakang.setelah starz starz berjaya mengumpul pengikutnya sendiri, art square menggabungkannya dengan gempak setelah mengambil komik2 di dalam starz. mungkin itu langkah terbaik untuk gempak tapi bagi aku sepatutnya starz diberikan peluang utk terus maju.aku xtahu sama ada aku nk terus beli gempak disebabkan elemen starz kerana aku telah kumpul starz dari isu #1 lagi. aku pun xtahu kenapa selalunya komik yg kene ngan jiwa aku mesti habis awal. apa2pun aku harap gempak akan terus sukses sempena tahun ke10 penerbitannya di malaysia ini

p/s: harap kero ngan fey akan terus berbakti untuk starz fans

Friday, August 15, 2008

filem mamat khalid....

salam...
bertemu kembali di laman aku.mcm baca berita la pulak..
menyentuh mengenai ffm ke 21 yg baru berlalu, banyak ramalan aku yg kena.antaranya filem, pengarah.pelakon lelaki dan pelakon harapan wanita.sebenarnya bukan nk cerita pasal anugerah tp pasal mamat khalid, nama mungkin mcm pernah dengar kan?
mamat ni kalo nak ikut aku la kan, seorang yg bijak dan kreatif dalam cara yg tersendiri tanpa meniru org lain.kehebatan beliau terbukti dalam ffm 21 apabila menang pengarah terbaik dan filem terbaik. jujur cakap, kala malam bulan mengambang adlah filem melayu first yg aku tgk kat wayang.serius.bukannya xsokong filem melayu tp rasa mcm xde kepentingan utk tgk di pawagam cuma filem ni je yg berjaya menarik minat minat aku terutama skali bab hitam putih tu. nak la jugak aku merasa tgk filem hitam putih kt wayang. kehebatan citer ni xyah cakapla, korang boleh baca sendiri kt paper2 melayu.mcm dah abis,tp x abis.satu filem menarik.karya mamat sememangnya akan menarik perhatian aku, yg paling famili kau suka adalah zombi kg pisang. sekarang tgh tunggu sekuel die, zombi kilang biskut.tp aku lagi minat rock drpd zombi.selalunya kisah hidup yg berdasarkan pengalaman sebenar memang menarik, kalo ikut aku la.kehebatan filem ni telah berjaya memberikan rosyam nor pelakon lelaki terbaik ffm. bukannya dia xpernah dapat, cuma bagi aku dalam filem ni die berjaya melarikan diri dr watak yg stereotaip yg biase dilakonkanya.tahniah buat mamat dan rosyam.semoga kalian akan terus sukses dalam kehidupan kalian.harap estet lepas ni akan dapat menarik aku pergi tgk kt wayang.nk gak tgk filem melayu-tamil ni macam mana rupenya.

p/s: yg pasal pelakon wanita harapan tu, aku blum tgk pun lagi i'm not single tu. aku cuma minat lisa jer.hehehe.......

Monday, August 4, 2008

bulan ogos....

mulai ari ni aku ingat nk sumbat je semua yg aku suka dalam sini,
kalo org xsuka lantakla sebab ni matt jack punya blog.
HAHAHAHA....

berbalik kpd tajuk atas td, bulan ogos atau bulan kemerdekaan ni membawa byk makna dalam kehidupan aku. first nya, 20 hb ni adalah ulangtahun perkahwinan ke 21 parent aku. aku plan nk buat surprise tp xde idea nk buat apa ni.2nd, 30 hb ni birthday bapak aku yg ke 50. kesian gak aku tgk, umur dah setengah abad tp masih kerja keras lg.sebagai anak, kita kene menghargai pengorbanan kedua org tua kita.kalo tak, xcium bau syurga nanti.3rd, 1 nb lepas adalah birthday ke 19 yatie. aku xtau apa2 pasal die skarang sebab last contact ngan dia pun taun 2006 xsilap aku.xkisah la janji dia bahagia sudah.4th and the last, ujung bulan ni negara kita akan menyambut kemerdekaan yg ke 51. aku harap kemakmuran yg ada kt negara kita xkan hancurdisebabkan masalah politik sekarang.

cukup pasal bulan ogos, yg aku tensen ni bila komikoo #5 nk klua ni?????
starz baru aku dh angkat dh semalam.

Friday, July 11, 2008

komikoo #4

alhamdulillah....semalam aku dapat beli isu terbaru dan dah abis menelaah isi kandungannya

semakin lama semakin mantap ditambah pula dgn kehadiran ben

tetapi kehilangan zairul darney agak dirasakan

apa2 pun harap2 komikoo dah xde masalah dan dapat dikeluarkan mengikut masa

keep up the good work!!!!!!

Monday, June 9, 2008

gempak 10 tahun

salam...

mungkin agak lambat tp aku tetap nak ucap tahniah kt gempak, mag yg mengenalkan aku pd komik barat dan manga

kalau nk diceritakan, memang dah byk sangat pengaruh yang dibawa oleh gempak dalam industri perkomikan malaysia. bermula jun 1998, gempak mula dikeluarkan tapi aku mula dengan gempak waktu isu 2 yg dapat kalendar world cup. and the rest is history.
so aku cuma harap gempak dapat meningkatkan kualiti dan sgt2 berharap yg popcorn nanti bakal membawa dimensi baru perkomikan.

Thursday, May 15, 2008

minat aku pada komik..........2

salam. ari ni aku nk sambung skit. mengenai komik2 us walaupun ramai yg mengatakan ianya fantasi dan tiada isi tp aku tetap minat gak. tapi dalam byk2 tpb yg aku ada, yg paling aaku minat adalah tpb identity crisis keluaran dc comics. menceritakan tentang rahsia justice league. walaupun lukisan dia pada aku xlawa sangat tp storyline dia memang best.two thumbs up.cite dia memang xleh agak ending dia. bila nk abis, aku pun terkejut dengan penghabisan dia.

Wednesday, May 14, 2008

minat aku kepada komik ...

melihat industri komik sekarang, aku teringat komik/majalah dulu2 yg telahpun pupus

antaranya gelihati, memang lawak dan kartunisnya pun ok. boleh tahan tp aku apasal tiba2 dh xde

aku pun xtau apa2 pasal waktu tu aku kecik lagi....tapi majalah yg paling kene ngan kepala aku

adalah starz(yg first2 dulu)waktu tu tagline die 'majalah komik gaya urban'. memang kene konsep

die waktu tu. tapi xlama lepas tu, die dah jadi macam skarang(manganime) tapi aku memang tak

pernah miss satu isu pun lagi sebab aku minat gak manganime. lepas tu klua plak jom keluaran

karangkraf. aku seronok sebab isi dia padat tp umur dia xpanjang. tahan setahun lebih jer....

akupun xtau nape. lepas jom dah xde, baru tahun lepas klua plak komikoo. aku dapat tahupun

dari internet.aku suka.kandungan mantap dan karyanya menarik.tapi aku harap jangan mati la.

aku mula minat ngan komik asalnya adalah dari komik kawan.manga pulak dari seorang senior

kt tempat aku yg memperkenalkan dragon ball. tapi yg betulnya, aku sebnarnya sangat

meminati komik2 us keluaran marvel ngan dc. setakat ni aku ada xsampai sepuluh pun tp

banyak tpb je la.mana ada duit nk beli single isu.dahla tu.nanti aku sambung lagi.wassalam.

Tuesday, May 13, 2008

komik malaysia....

aku baru surf tadi dan dapat tau yg komikoo xkan kuar selama 2 bulan...

bulan jun baru kluar sebab dia nk buat re-strategising

aku harap komikoo xmati begitu saja sebab aku dapat tahu yg powder pun dah stop publishing

tapi di sebalik berita yg kurang menyenangkan ni, aku dapat info yg penerbit gempak, art square n k kuarkan komik

english baru yg bertajuk popcorn.harapjgn macam gempak tp tukar tajuk je.komik ni akan menggunakan english

sebagai platform diorang.apa2 pun aku cuma berharap yg industri komik tempatan takkan mati.

aku doakan yg terbaik.