Wednesday, January 27, 2010

aku,sesat,1utama,tiket free dan pilihanraya kampus

assalamualaikum pembuka kata........
dengan bismillah perkara dimulakan....

saje nak cerite skit pengalaman aku mengenai aku,sesat,1utama,tiket free dan pilihanraya kampus.
aku ada mendapat tiket wayang free utk filem unisol: a new beginning. cite ni aku dah dekat sebulan download tp xde masa nk tengok, so bila dapat tiket free ni aku pun tergerak la nak pergi.lagipun tengok kt 1utama.nk jugak aku meras pergi 1utama sebab aku memang xpernah pergi sana. tp yg xbestnye, tiket ni first come,first serve.maknanya kalo aku lambat, melepas......

redemption kul 8, jadi aku pun keluarlah kul 7.perjalanan mengambil masa agak lama disebabkan kesesakan di lebuhraya mahameru sehingga ke midvalley.lepas masuk federal, barulah aku boleh bawak laju skit.tetapi malangnya,seperti yg sudah diagak. aku lambat sampai. masuk parking kat 1utama, jam dah menunjukkan 8.30 malam.

ini kali kedua perkara in terjadi pada aku. pertama kali waktu dapat tiket pandorum.redemption pukul 7 tapi aku sampai kt mid valley kul 7.30 mlm. nasib baik laa kakak kat radio era punya redemption baik hati. die bagi 3 tiket utk aku, ubi dan radzi.alhamdulilllah. tapi kali ini, x terjadi pulak perkara begini. jadi aku ngan radzi pun amik keputusan utk menonton adnan sempit menyahut seruan david teo utk menjadikan filem ini filem pertama yang ditonton oleh 1juta org di pawagam.(hahahahhaha).

bercerita tentang tiket free, aku memang suka mengumpul tiket free dan aku akan pergi menonton kalau dapat kt tempat yg berdekatan seperti klcc atau pavilion. tiket free paling bes adalah sumbangan gempakstarz.sebab ape?
sebab die bukan first come,first serve. die dh ada list nama dan waktu utk redmption pun lama, 45 minit.

habis pukul 11 cite yang bermula pada pukul 9.15 ini. sakit perut aku gelak xabis2. aku ngan radzi memang enjoy. tapi biaselah, seperti kebanyakan filem melayu yg lain,seperti kata nasir, abis jer citer xde apa yg menarik hati ini utk memperkatakan mengenai mesej yg cuba dibawa oleh filem ini.(itu pun kalo ada mesej laa). dan balik aku melalui terowong penchala link menggunakan sprint highway. aku tiba2 teringat yg aku pernah sesat melarat di sini.waktu tu aku nk pergi selayang tetapi ntahmacamanantah aku boleh tersesat sampai ke damansara.hahahahha. tap duduk kat kl ni aku memang bersyukur bile tersesat...sebabnya aku dapat tahu jalan dalam pencarian.tapi jangan sesat dalam perjalanan hidup, sudah laa....

****

aku baru habis membaca cinta hari-hari rusuhan karya faisal tehrani. menarik. dn aku agak kecewa kerana tahun ini tiada pilihanraya untuk kampus cawangan aku ini. calon semua menang tanpa bertanding. xtahu apa cite. tp yg menyakitkan hati, calon semua budak2 HEP. jadi aku cuma boleh membuang undi utk kampus utama dan seperti biasa aku hanya mengundi calon2 pro-m.

cukuplah setakat ini.

2 comments:

Pei Pan said...

Betul. Kalau dah sesat merasa pergi banyak tempat. Hahaha dulu pun pernah sesat juga.

matt jack said...

betul...betul....
sekarang ini sudah agak mahir jalan2 di sekitar petaling jaya hingga ke selayang,ALHAMDULILLAH