Friday, November 20, 2009

.....kita punya hidup.....

orang selalu kata apa yang kita buat salah
kurangkan sini sikit
tampung situ sikit
lebihkan sana sikit
orang selalu anggap majoriti itu betul
sebab dia banyak dan berkuasa
yang segelintir dibiar
terkontang kanting meniti
perjalanan hidup ini
orang selalu anggap
kita budak2 tak tahu apa2
persetankan semua tu
ini kita punya hidup
pandailah kita mencorak
selagi masih berada di landasan yang betul
apa yang orang nak kisah......


agak marah sikit sebenarnya hari ini kerana baru tahu ada talam dua muka di sekeliling. depan cakap lain belakang cakap lain. bila dah xleh lari.....baru lah tahu langit tinggi rendah.kadang2 aku hairan kenapa orang yg xdekene mengene ngan aku sibuk nk ambik tahu hal aku.bila aku tanya kt dia balik, tahu pulak die marah.hahahhaa.

manusia......oh manusia

Wednesday, November 4, 2009

perkara -perkara yg berlaku dalam lebih kurang seminggu....

sabtu
24-10
famili aku datang kl ngan lori. tujuan datang nak amik barang kat umah mak cik aku, sebab nanti dia nk pindah umah .senang la skit. dalam pada tu, aku ngan famili aku pegi ke hospital selayang utk melawat pak cik aku, laki kpd mak cik aku yg nk pindah umah ni. malam tu, famili aku pun balik dan aku klua malam minggu, mcm biasa, tengok match bola.mula2 aku ngan radzi tengok quarter final piala malaysia dulu. selangor vs terengganu. main malam tu lebih kpd selangor tp mungkin xde rezeki, terengganu layak.

ahad
25-10
aku bangun tghari dan mendapat panggilan yg mengatakan pak cik aku tlh pun menghembuskan nafasnya yg terakhir.al-fatihah. aku amik adik aku kt jalan duta dan bergegas pegi ke hosp selayang. kawan2 allahyarham ramai yg datang. petang tu, waktu nk hantar jenazah pulang ke kuala kangsar. hujan turun dengan lebatnya. aku xtau nk cakap apa.

isnin
26-10
hari2 aku berlalu seperti biasa cuma kene tahan telinga skit.
asal jumpa kawan2 jer, habis dikutuknya m.u kalah ngan liverpool 2-0 semalam. huhu.

selasa
27-10
macam biase

rabu
28-10
macam biasa

khamis
29-10
macam biase

jumaat
30-10
macam biase. malam tu lepak ngan nasir. lama xlepak ngan die.

sabtu
31-10
klua ngan radzi pegi puchong.sensei aku buat open house. sesat jugakla mencar rumahnya.sampai2, dengan perut yg lapar, aku terhidu sesuatu yg mengenyangkan. rupanya, sensei buat bbq malam tu.hahaha.memang aku tibai puas2 malam tu.

ahad
1-11
macam biase

isnin
2-11
macam biase gak

selasa
3-11
ini tak biase.hahhaha.nasir nk ajak tengok wayang dan wayang pilihan aku adalah INGLORIOUS BASTERDS hahaha.ingat senang ke nk tengok tarantino punya citer kat wayang malaysia.xleh nk cakap apa pasal citer ni.superb!!!!tp kene cari dvd-rip gak. banyak potong.hahahahaha.