Sunday, February 28, 2010

..kawan


baru2 ni aku , time aku nak balik ke kl naik tren, sementara tgh menunggu , aku pun sms la kat nasir. saje nk tanya khabar. dh lebih seminggu xcontact. so mesej punya mesej, last2 die anta satu mesej yg benar2 buat aku terharu

"huhuh. lupa lak. masuk hr ni, dh 9tahun 3hari aku knal ko bro.lama gak tu!slamat ulang tahun seratas."

mesej ni dihantar pada 23 feb 2010. 00:29:53

giler lah. aku memang xingat langsung pasal ni tp nasir still ingat tarikh tu. huhu. bertuah rasanya dapat kawan macam ni. by the way, nasir ni bagi aku, bro. lebih dari seorang kawan. selalu time aku susah , die mesti akan tolong. that's why i hope that our friendship will last forever.

aku ngan nasir ni kenal time form 1, satu skolah kt taiping. skolah ni org panggil, skolah depan zoo. hahaha. sebab apa/ sebab skolah tu memang betul2 depan zoo.
aku ngan nasir ni punya banyak perangai dan interest yg sama. time skolah dulu, kami antara org2 yg bangun paling lambat.......xsuka pergi prep class.......pernah pecah bilik tayangan pasal nk tengok muvi.....dan a movie buff.

so aku sgt2 berharap yang aku takkan lupa pada kawan aku yg sorang ni.

p/s- ntgk gambar kt atas, hujung belah kanan tu aku ngan nasir. gambar ni dh lama dh, tahun 2005

Saturday, February 6, 2010

racist?

baru balik dari jalan-jalan mencari kerja dan alhamdulillah,
kadang2 kita xdapat apa yg kita nak. aku dah daftar pemilih.hahhah.
akhirnya aku telah berjaya mendaftar dengan spr tapi keputusannya hanaya boleh check lepas bulan 6 nanti. maknanya kalau jadi april ni perak bubar DUN, aku xdapat mengundi. warghhh!

sedang meronda mencari kerja tadi, ternampak la pulak notice board utk customer service. aku pun pergi la dan membaca akan komen2 customer. ada satu komen ni menarik minat aku.
katanya , kenapa pihak pasaraya meletakkan barangan-barangan yang tidak halal di ruang pameran.(arak dan lain-lain) ini menampakkan pihak pasaraya tidak menjaga sensitiviti umat islam. aku tergelak kecil. komen pasaraya tu plak, minta maaf tetapi perkara sebegini hanya berlaku utk sambutan tahun baru cina sahaja. diharap pihak tuan faham dan dapat bekerjasama. terima kasih.

aku terfikir sejenak, takkan orang melayu xleh nak bertoleransi. ini mengingatkan aku kepada peristiwa yang aku lalui di sebuah forum semalam. ada tawaran kerja kosong dan gaji harian adalah rm 70 bagi hari biasa kecuali hari tahun baru cina- chinese (rm 180) dan non-chinese(rm 135). ada lah plak seorang forumer ini kata orang yg post keje tu racist. aku tergelak. tolonglah. cuba bayangkan CNY ni sambutannya macam hari raya bagi kita. jadi, kerja pada hari itu bagi aku sesuatu yg besar. masa aku part-time kerja waiter dulupun camtu. hari raya die bagi triple gaji. tp berapa org je yg sanggup keje time ari raya? xde pun orang cakap die racist.

emmm....xtaulah. aku lihat org malaysia sekarang dah keras hati, kurang ajar dan xtahu bersyukur. aku pun ada gak skit sifat2 macam tu. jadi marilah kita doakan agar negara kita aman dan makmur di bawah syiar islam yang sebenar.

AMIN.

Monday, February 1, 2010