Tuesday, January 19, 2010

top 10 movies of 2009

hahahha.....asyik baca org lain punye top 10 jer...so aku pun nak buat aku punya top 10 filem untuk 2009.

1. Inglourious Basterds

akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak tengok Quentin Tarantino punya filem kat wayang kat Malaysia. Filem ni bagi aku memang superb tambah-tambah watak Hans Landa oleh Christoper Waltz. Ending yang celaka....Hitler muka pecah kena tembak. Jalan cerita yg aku xbleh agak. Overall, filem terbaik aku untuk 2009.

2. 500 Days of Summer

permulaan cerita yg agak memeningkan bagi aku....tapi aku suka. cerita tentang bercinta dengan seorang wanita yang tidak mahukan komitmen. ohh...aku semakin jatuh cinta dengan zooey deschanel setelah Yes Man dahulu. Romatik yang lain daripada yang lain.

3. Avatar

yup. walaupun orang kata ini pocahontas futuristik tapi aku enjoy citer dia walaupun agak predictable storyline dia. grafik yang memang xbleh nak cakap aper. masih tak berkesempatan nak tengok yang 3d punye.

4. Setem

filem terbaik untuk filem melayu bagi tahun ini. setakat ini hasil arahan khabir bhatia tidak pernah mengecewakan aku. jalinan yang timbul antara kesemua watak dapat dirasakan. perkembangan karakter dan jalan cerita yang tidak rumit memudahkan untuk aku memahami filem ini.

5. The Hangover

hahaha. filem ni memang kelakar. digabung dengan jalan cerita yang tidak mendatar dan banyak unsur-unsur kejutan, filem ini layak aku katakn sebagai filem komedi terbaik bagi 2009. penampilan khas , mike tyson dan harimaunya.

6. Star Trek

permulaan yang baik untuk menarik minat penonton baru yang kurang meminati saga star trek seperti aku. arahan j.j. abrams. filem membawa kita mengenali bagaimana terjalinnya hubungan antara spock dan james tiberius kirk. terminologi yang digunakan dalam filem ini juga mudah difahami kerana disertakan dengan penerangan dalam bentuk aplikasi.

7. Coraline

hasil dari neil gaiman. terbaik.

8. Terminator Salvation

era pasca apokalips yang menunjukkan bagaimana jadinya apabila manusia hilang kuasa untuk memerintah. lakonan sam wothington yang menyerlah menenggelamkan watak john connor oleh christian bale.

9. Knowing

aku xtau kenapa, tetapi aku memang suka filem-filem nicolas cage. filem ini membawa tema kehancuran bumi untuk kelahiran satu generasi yang baru. perhatikan juga lakonan nicolas cage dalam the bad liutenant.

10. Orphan

kisah tentang sesuatu tentan seorang anak angkat. lakonan mantap daripada vera farmiga dan kanak-kanak yang melakonkan watak esther.

Honourable Mention:
- Ghost of Girlfriend Past
menarik bagi aku.
- Ice Age 3
kartun paling kelakar tahun ini.
-Geng
betul...betul...betul.

No comments: