Sunday, March 28, 2010

pekomikon 2010

assalamualaikum.....
ingin menulis sedikit coretan tentang pekomikon 2010 semalam.....

aku datang agak lambat......4.30 ptg...sewaktu sheldon buat presentatation..
presentatation kemudian diteruskan pula oleh gempakstarz yg diwakili ayour dan slaium berkenaan kerjaya dengan gempakstarz......
agak menarik dan ayour banyak menceritakan pengalamannya manakala slaium pula berkata hanya apabila perlu.......

presnetation kemudian diteruskan pula oleh comicfiesta...membincangkan halatuju komik masa kini.........

dan lebih kurang pukul 6.30 ptg, bermulalaha anugerah pekomik 2010

ni list pemenang(aku copy dari pergh.com)

berikut adalah senarai pemenangnya yang kesemua kategori di nilai 100% oleh juri.. tahniah di ucapkan kepada pemenang.

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)

Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila oleh Jaafar Taib


2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).

Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh Cabai


3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).

Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh Jayaputra

4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
- Raja Hamzah


5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz


6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover).

Pemenang: Popcorn#2 oleh Puppeteer

7. Ilustrator traditional /digital Terbaik (Best Painted Artist).

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


8. Warnaan Terbaik (Best Colourist).

Pemenang: Maid Maiden oleh Sunny


9. Komik Amatur terbaik (self-publish zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist).

Pemenang: Love Letter oleh Chin Yew


10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine).

Pemenang: Popcorn


11. Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist)

Pemenang: Bumble Bee oleh Chee

12. Penulis Terbaik (Best Writer):

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


13. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series).

Pemenang: Makan Malam, Gempak#239 oleh Scho


14. Komik Baru Terbaik (Best New Comic).

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih:

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


16. Komik Terbaik (Best Comic).

Pemenang: TwinX#2 oleh Pac

dan yg bestnyer semalam...aku jumpa byk nama2 besar.....

ya ...mereka memang tidak kenal aku...tapi aku kenal mereka....

aku jumpa gayour, sireh, slaium, ayour, puppeteer,zunar.....

dan yg best time anugerah pekomik tu....

persembahan oleh nik bin jidan tentang orang islam
dan pertama kali bertemu dan mendengar pyanhabib bersajak secara live......

respect la lu pyanhabib...dan tahniah kepada pekomik.....

tahun depan insyaallah aku datang lagi....

p/s- gua beli t-shirt pekomikon 2010 laa wei......

Thursday, March 25, 2010

trilogi bagaikan puteri

alhamdulillah......
akhirnya berjaya juga aku menghabiskan pembacaan trilogi bagaikan puteri ini.
tapi agak kurang berpuas hati dengan permulaan jalan cerita hijab sang pencinta.

pd ms 23, pernggan pertama
"semenjak peristiwa pertarungan saifudin dengan hang tuah di istana melaka, dia hanya mendengar khabar sahaja bahawa saifudin terpaksa segera berangkat belayar ke aceh.ada yang membawa cerita kononnya saifudin telah terbunuh di tangan hang tuah "

dan cuba pula tengok pada bagaikan puteri, ms 498,
berlakunya kepulangan saifudin ke pangkuan keluarga setelah berakhirnya pertarungan dengan hang tuah.

jadi bagaimana pula dalam hijab sang pencinta, keluaraga saifudin boleh tertanya-tanya tentang hidup mati saifudin?

hmmm...

apa-apa pun, jalan ceritanya aku suka walaupun aku dapat mengagak bagaimana pengakhirannya.

dan kalau ditanya buku mana yg paling aku minat dalam trilogi ini, maka jawapannya ialah cinta sang ratu.

terima kasih ramlee awang murshid.

laa.....rupanya x abis lagi citer nie....
ish...ish....

semalam aku jumpa kesinambungan die waktu aku aku pegi klibf

tajuk die...cinta sufi

nanti2 laa... aku cari

xde masa skit ni.....

Monday, March 22, 2010

birthday lisa surihani

















selamat hari lahir yang ke 24 buat lisa surihani.....
23-03-2010

keluarga...

assalamualaikum.....
pembuka bicara
bismillahhirrahmannirrahim.....
pembuka kata

21 Mac yg lepas merupakan ulangtahun kelahiran ibu yg ke 46
dah tua rupanya ibu aku ni....
tapi agak sedih sedikit kerana tidak dapat bersama dengan ahli keluarga yg lain disebabkan terpaksa menghadapi beberapa peperiksaan....

kesempatan cuti sekolah yg menyaksikan kesemua ahli keluarga berada di rumah amat membahagiakan bagi aku kerana hanya pada waktu cuti sekolah sahajalah keluarga kami akan lengkap.....

aku yang jauh di perantauan di ibu kota ini....
adik kedua dan ketiga yang bermastautin di PUO....
adik keempat yg menetap bersama nenek sebelah ayah di kawasan gombak....
adik kelima yg bersekolah asrama di perak tengah ...
adik keenam dan ketujuh yg menetap bersama nenek sebelah ibu....

ya...keluarga aku memang besar dengan 10 orang ahli...
dan faham2 sahajalah , lain anak, lain perangainya....

jadi apabila tiba waktu persekolahan yg ada di rumah hanyalah ayah, ibu dan adik bongsuku sahaja....

memang waktu cuti sekolah merupakan waktu yg amat kutunggu-tunggu.....


diharapkan dengan ulangtahun kelahiran yg ke 46 buat ibuku ini, ALLAH kan memangjangkan umurnya sehingga kalau boleh biarlah aku yg pergi dahulu daripada kedua2 ibu bapaku ini....

tak sanggup rasanya utk menaggung walaupun mati itu PASTI....

walaupun kami kurang berharta.....namun kami kaya dengan kasih sayang dan dengan bangganya aku meluahkan
AKU SAYANG KELUARGAKU

Tuesday, March 2, 2010

McD prosperity burger...


arggh!!!!!!

kecewanya aku!!!!

ari isnin aritu, dengan perasaan gembira kerana masih ada duit lagi aku pun berjalanlah ke McD klcc utk membaham prosperity chicken yang kuidam-idamkan........tetapi akhirnya telah dikecewakan setelah diberitahu oleh staf yg prosperity last pada hari ahad yg lalu.

warggh!!!!

aku lupa plak yg bulan februari ni bulan xcukup......

emmm... nampaknya xde rezeki utk aku tp nasib baiklah aku dah merasa yg prosperity beef aritu.

kene tunggu tahun depan la gamaknya.