Sunday, May 2, 2010

buat komik..

assalamualaikum...

sementara tengah menerawang di alam siber meninjau perkembangan komik di negara kita ini aku terkenang lebih kurang 12 tahun yang lampau......

ceritera cinta antara aku dan komik.....

hahahahah..........

1998, tahun ni aku darjah 4. sekolah kt penang.
masuk kelas baru, maka adalah kenalan baru.
aku kenal ngan dua orang yang mempunyai minat yg sama ngan aku.....melukis{conteng}

mikhail(mike) ngan razlan(lalan)

mike ni kalau ikut pangkatnya, anak saudara kepada lalan ni tapi biaselah......pakcik yg sebaya selalunya memang kamcing ngan anak saudara.

menyedari kami mempunyai minat yg sama, maka tertubuhlah sebuah publication house iaitu mike publication yang bertanggungjawab menerbitkan komik-komik hasilan sendiri.
waktu tu, UJANG memang sangat famous maka kami pun mengambil konsep ujang dan menerbitkan komik lawak antarabiasa, BUJANG. (nama pun tiru.)

penyumbang utama karya di dalamnya adalah aku,lalan dan mike dibantu oleh beberapa freelancer dari kelas lain yg sememangnye free kerana kerja yg kami lakukan ini tidak bergaji.
dengan mengumpulkan modal sendiri, kami membeli beberapa buku nota sains dan lahirlah BUJANG#0.

karya2 yg terdapat di dalam ini adalah lawak-lawak yang kami rasakan lawak. setelah penuh segala mukasuratnya diconteng, maka buku ini kemudiannya diberikan kepada rakan untuk menghayati dan mengkritik hasil kerja kami. seronok rasanya bila orang gelak membaca hasil karya kami dan seperti biasa, xsemua orang suka. itu dijadikan sebagai satu cabaran kepada diri sendiri.tetapi apakan daya, bUJANG hanya mampu bertahan sehingga BUJANG#2 sahaja.

selepas itu kami menghasilkan komik yang berlainan tetapi masih di bawah penerbitan yang sama. karya aku berjudul SATRIA. jalan cerita dalam tu komik aksi tetapi scene-scene fight di dalamnya banyak aku tiru dan olah dari komik-komik seperti DRAGON BALL, MISTERI NAGA dan CAPTAIN TSUBASA. tetapi satria ni pun x abis, sebab hujung tahun 1999 tu aku terpaksa berpindah mengikut bapa aku.

2001

aku jumpa seorang member yang tak pandai melukis tapi dia nak melukis. maka di sini sekali lagi bermulalah kerjaya aku sebagai pelukis tak bergaji. aku sambung balik SATRIA tapi kali ini aksi di dalamnya diolah daripada PENDEKAR LAUT dan WIRA TUNGGAL plak.tetapi, yg ni pun xabis jugak.......masuk 2002, aku dah malas gila nak melukis komik tetapi conteng-conteng tu memang sentiasa adalah. even dalam exam pun, aku akan menconteng kertas soalan, sementara memikirkan kan jawapan.

pernah jugak merasa nak sertai pertandingan melukis komik tapi ntah laa, xde idea yg dirasakan menarik untuk dilakarkan diatas kertas membiarkan tangan menari bersama-sama pensel.

pertandingan melukis tu ada jugakla masuk, tapi tak pernah menang.hahhaha.....

itulah dia pengalaman aku waktu sekolah dulu tentang buat komik

p/s-kepada lalan ngan mike, korang ktmana skang?