Friday, October 23, 2009

......kecoh-kecoh


assalamualaikum.....
semenjak-dua menjak ni banyak sungguh masalah yang menimpa.....
datang berturut-turut plak tu....

tetapi alhamdulillah, ada sahabat-sahabat yang sanggup membantu. aku namakan mereka SAHABAT kerana mereka sentiasa ada di kala aku senang mahupun susah. kawan memang ramai, tapi xsemua boleh menjadi sahabat.



perbincangan2 yang aku adakan bersama seorang sahabat menyedarkan aku tentang sesuatu yang aku tahu tetapi aku buat2 tak tahu.katanya, "kebanyakan masalah yang datang menimpa kita datangnya dari kesilapan kita sendiri". aku tersentak , dan mula menyedari akan kebenaran kata2 itu. aku ni kadang2 seorang trouble-magnet, bukan trouble-maker. kebanyakan orang akan susah dibuat oleh aku.

kadang2 aku xfaham macam mana mereka boleh layan kerenah aku. walaupun kami terpisah jauh, tetapi persahabatan akan tetap terjalin.

masalah2 yg menimpa membuat kita sedar yg kita ni hidup bukannya utk diri kita sendiri. kita kene fikirkan juga keluarga dan orang2 di sekeliling. mungkin sekarang kita tak merasakan apa2 tetapi fikirkanlah sementara ada peluang. kita dicipta utk saling lengkap-melengkapi.

walaupun kadang2 kita sedar yang masalah itu berpunca drpd kita, tetapi kita kadang2 tidak mengambil sebarang tindakan utk memperbetulkan, walaupun tidak mungkin sepenuhnya ,sedikit pun tidak. ini adalah antara sikap aku yang mak aku xberapa berkenan dan aku sedang dalam proses berubah secara sedikit-sedikt dan perlahan-lahan. jangan sesekali rasakan yang kita sudah terlambat utk mengambil sesuatu tindakan tetapi rasakan apa yang kita akan rasa jika kita tidak mengambil tindakan tersebut.

kadang-kadang orang akan menganggap kita gila kerana bercakap dengan diri sendiri tetapi apa yang kita ada hanyalah diri kita sendiri.

No comments: