Monday, July 13, 2009

hang tuah hanya rekaan?

hari ni aku baca paper kosmo

Ini bukan kubur Hang Tuah?

Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?

terkejut gak aku membaca rencana ini tapi ada kebenaran yang boleh diguna pakai. setelah membaca rencana ini, aku mula mencari maklumat dan agak terkejut apabila terdapat percanggahan yang besar di antara hikayat hang tuah dan sejarah melayu tulisan tun sri lanang.

perbezaannya adalah dalam sejarah melayu, dikatakan bahawa yang menuntut bela dia atas kematian hang tuah ialah hang kasturi tetapi hikayt hang tuah mengatakan hang jebat yang menderhaka kepada sultan. serius cakap, aku terkejut kerana aku hanya mengetahui versi hang jebat sahaja kerana versi hang jebat yang banyak diterima pakai oleh orang melayu. aku xtau kenapa tapi boleh dikatakan hampir semua karya yang bersangkut dengan hang tuah menggunapakai versi hang jebat.

ini dapat dilihat dalam filem tuah lakonan p.ramlee, hang jebat lakonan nordin ahmad dan puteri gunung ledang . adakah jebat dianggap lebih berkarisma dari kasturi lalu wataknya lebih ditonjolkan?

dan baru2 ini ada pulak sumber yang mengatakan kemungkinan hang tuah,jebat,lekir dan lekiu bukannya melayu. hipotesis ini mengatakan yang mereka mungkin keturunan cina.

aku terkejut tapi tak marah.

SEJARAH DITULIS OLEH ORANG2 YG MENANG


No comments: