Saturday, February 6, 2010

racist?

baru balik dari jalan-jalan mencari kerja dan alhamdulillah,
kadang2 kita xdapat apa yg kita nak. aku dah daftar pemilih.hahhah.
akhirnya aku telah berjaya mendaftar dengan spr tapi keputusannya hanaya boleh check lepas bulan 6 nanti. maknanya kalau jadi april ni perak bubar DUN, aku xdapat mengundi. warghhh!

sedang meronda mencari kerja tadi, ternampak la pulak notice board utk customer service. aku pun pergi la dan membaca akan komen2 customer. ada satu komen ni menarik minat aku.
katanya , kenapa pihak pasaraya meletakkan barangan-barangan yang tidak halal di ruang pameran.(arak dan lain-lain) ini menampakkan pihak pasaraya tidak menjaga sensitiviti umat islam. aku tergelak kecil. komen pasaraya tu plak, minta maaf tetapi perkara sebegini hanya berlaku utk sambutan tahun baru cina sahaja. diharap pihak tuan faham dan dapat bekerjasama. terima kasih.

aku terfikir sejenak, takkan orang melayu xleh nak bertoleransi. ini mengingatkan aku kepada peristiwa yang aku lalui di sebuah forum semalam. ada tawaran kerja kosong dan gaji harian adalah rm 70 bagi hari biasa kecuali hari tahun baru cina- chinese (rm 180) dan non-chinese(rm 135). ada lah plak seorang forumer ini kata orang yg post keje tu racist. aku tergelak. tolonglah. cuba bayangkan CNY ni sambutannya macam hari raya bagi kita. jadi, kerja pada hari itu bagi aku sesuatu yg besar. masa aku part-time kerja waiter dulupun camtu. hari raya die bagi triple gaji. tp berapa org je yg sanggup keje time ari raya? xde pun orang cakap die racist.

emmm....xtaulah. aku lihat org malaysia sekarang dah keras hati, kurang ajar dan xtahu bersyukur. aku pun ada gak skit sifat2 macam tu. jadi marilah kita doakan agar negara kita aman dan makmur di bawah syiar islam yang sebenar.

AMIN.

1 comment:

Pei Pan said...

aku lihat org malaysia sekarang dah keras hati, kurang ajar dan xtahu bersyukur - Melayu selalunya yang berperangai macam ni. Suka meminta, suka mengeji, tak mahu faham.