Monday, August 1, 2022

Happy 33rd Birthday

Happy Birthday to Nurhayati Binti Mohd Azmi. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan murah rezeki...........


Sekian

Monday, June 20, 2022

Sekolahku Yang Tercinta

Sekolah Raja Tun Azlan Shah

Sekolahku yang tercinta

Mencapai cita mulia

Berbakti pada negara 





19.6.2022


Aku kembali lagi menjejakkan kaki di tempat yg pernah aku hidup selama 5 tahun.......

Belajar erti kejayaan dan kegagalan......

Belajar yg dunia ini tidak  adil......

Belajar tentang cinta.....

Jujurnya, tak banyak yg berubah........suasana pun masih tenang seperti dulu

Bangunan asrama puteri dah ada satu blok baru

Gimnasium dah jadi open air

Astroturf dah berpagar, takleh nak cross mcm dulu dulu




Ni ada sedikit gambar yg aku ambil semalam, sekadar untuk nostalgia

























Saturday, July 31, 2021

Happy 32nd Birthday

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yg ke 32 buat wanita yg namanya takkan pernah hilang dari lubuk hati yg paling dalam, Nurhayati Mohd Azmi.

Semoga berbahagia di samping insan yg tersayang dan keluarga tercinta.

Terima kasih kerana pernah mengisi taman hati ini



Wednesday, August 1, 2018

Happy Birthday

Assalamualaikum. ..hanya nak mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 29 buat insan yang akan sentiasa ada tempat istimewa di hati aku, Nurhayati binti Mohd Azmi. Semoga berbahagia di samping suami tercinta dan kekal bahagia selamanya.....

Saturday, April 4, 2015

catatan mac 2015

Assalamualaikum......

Banyak sungguh sebenarnya perkara yang terjadi dalam bulan mac yg lalu......
Macam terlampau banyak......maka untuk memudahkan, aku akan kategorikan......

Rezeki
- aku sejujurnya lama dah tak makan western dan juga nasi ayam mancongkam sejak roomate lama aku berenti keje dulu.......bukannya apa, malas nk makan sorang2.....
Jadi pada awal bulan aritu , company aku telah mengadakan bbq di site office.....maka aku adalah antara org terawal naik utk makan.....hahahahhahaha.......terlampiaslah nafsu makan aku pada hari tersebut dengan kambing dan sosej grill serta nasi ayam mancongkam yang sudah lama tidak menerjah  tenggorok

Dukacita
- aku telah dikejutkan dengan panggilan daripada ibu aku yang memberitakan perihal keadaan lesihatan ayah aku yg masuk wad utk operation akibat apendiks. Mendengarkan khabar tersebut, aku bergegas pulang bersama kedua2 adik aku yg menetap di skitar kl. Perjalan asalnya hendak dimulakan jam 1 tp apakan day, kita hanya mapu merancang, tuhan menentukan. Perjalan bermula jam 4 dan tiba di hospital ipoh kira2 jam 7. Mak nyah,ayahngah,cik lan dan ateh antara saudara yg baru turun daripada melawat ayah. Aku berjaya masuk wad utk menemui ayah hanya setelah jam 8.30. Sedih melihat keadaan ayah yg agak kurang bermaya tetapi ibu setia di sisi menemaninya. Aku mengambilalih tigas menjaga ayah sehingga jam 12 kerana aku perlu balik keesokan harinya. Aku balik menaiki keretapi dr ipoh pada jam 2 dan tiba di kl sentral jam 6

Gila
- kerja gila apabila pergi Lima tanpa perancangan. Koboi. Aku yg memang nk pegi lima dari tahun 95(yea....betul tu) akhirnya berjaya menjejakkan kaki hanya pada thun 2015. 20 tahun perjalanan. Aku pergi dengan radzi, bertolak dari kuala lumpur jam 3 pagi dan sampai di jeti kuala perlis lebih kurang jam 8. naik feri pukul 10.30.sampai di langkawi, sewa kereta untuk 2 hari dan terus pergi ke Lima.malam tu pulak kelam kabut cari hotel di pantai chenang. Dpatlah satu bilik dua katil utk satu malam. Bejalan ke skycab,underwater,pantai chenang. Xbanyak sgt dpt pegi.insyaallah, lain kali aku nk pegi lama sikit

Kemalangan
-29Hb aritu, aku eksiden.langgar moto. Tak teruk sangat tp poket bocor.huhuhu. nasib baik la hujung bulan. Setelkan semua dan xde repot polis.salah aku.

Tu je la kut,apa yang aku nk tulis.....tgk la , ada masa nanti aku edit.

Thursday, February 26, 2015

kenduri

Cuti seminggu sempena tahun baru cina lalu telah menyaksikan banyak kenduri yang berlangsung di kampung halaman aku

Keluarga aku pun tak melepaskan peluang mengambil kesempatan ini

Pada malam jumaat lalu, telah berlangsungnya kenduri doa selamat di kediaman aku sempena mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga
Menu macam biasa......mee rebus terbaik dari langit

Ahad lalu juga berlangsung kenduri perkahwinan roomate aku masa sekolah menengah dulu.....
Abdul jalil bin yeop zainuddin dengan pasangannya......
Aku duk sebilik ngan dia ni 3 tahun tapi kami tak rapat sangat......kenal macam tu je
Mungkin sebab xsama level ngan die.......
Die ni budak baik.........solat berjemaah kat surau.....bangun awal........xponteng kelas.......xmelawan
Memang beza sangatlah dengan aku ni.......hhaahahahahhaha
Kalau teringat balik zaman sekolah........hmmmmmmm.....


Dah kawin dah pun kau jalil......

patah hati..........akhir?

Assalamualaikum.........

Sudah cukup rasanya untuk aku patah hati
Aku kene berhenti sekejap dan menilai semula apa yg aku dah buat dengan hidup aku selama ini
Rasanya yang di sana pun dah bahagia dengan kehidupannya sekarang
Maknanya aku dah jumpa sekarang ni pengakhiran yang aku cari selama ini untuk perjalanan cinta yang tak kesampaian ni

Aku kene buka buku baru.......